Friday, September 26, 2014

CARA ATASI PENYAKIT GOUT

JOM kita 'gali' dulu apa itu penyakit gout.

Apa itu PENYAKIT GOUT?

Gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.



Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah?

Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.

Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.


Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?

Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan ‘tophi’ dan batu karang di buah pinggang.

Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan “hyperuricemia”. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.


Apakah yang berlaku jika penyakit ini dibiarkan berlanjutan?

Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk ‘tophi’ di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.


Bagaimana Gout dikesan?

Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.


Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. 

Contohnya:

  • Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
  • Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
  • Minum alkohol berlebihan.
  • Kecederaan kepada sendi.
  • Selepas pembedahan.


Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit Gout
  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.

ATASI PENYAKIT GOUT DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE


ALFALFA
- Detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan.
  Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak/(3-4 liter sehari) untuk membantu melancar        proses detoks.

PERFORMANCE DRINK
-memelihara kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi.
 Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing.

-Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik.
 Performance drink mengantikan air yang hilang dan memelihata tahap air dalam badan pesakit.

OMEGA GUARD
-Mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.


Boleh juga Add on Advanced Joint Health Tablet dan OsteMATRIK untuk memberikan keselesaan kepada sendi. Namun bagi mereka yang berkemampuan. boleh lah mendapatkan VIVIX SHAKLEE, kerana ia mampu memberikan kesan yang OPTIMA kepada penyakit ini.


Dan pesakit gout HARUSLAH mengelakkan daripada pemakan berikut:-

organ dalaman seperti hati. pari-paru, ginjal dan otak.
Ikan bilis, ikan kembong.ikan sardin
Daging cincang
Ekstrak daging ragi dan kiub rebusan daging.
Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang.         




"berusahalah selagi boleh, selebihnya kita memohon dari YANG MAHA PENYEMBUH"      


sebarang pertanyaan boleh hubungi saya


                  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.