SYUKUR YAALLAH..SYUKUR YAALLAH..
ALLAHUAKHBAR..ALLAHUAKHBAR..ALLAHUAKHBAR.
ISNIN, 22 SEPTEMBER 2014
Hari yang amat bermakna dalam hidupku, setiap kali masuknya bulan september, 22 haribulan adalah satu penantian dan perkiraan yang amat aku nantikan..
Untuk tahun ini, 2014 adalah sambutan ulangtahun perkahwinan ku untuk kali yang ke 5. Allahu, betapa bersyukur dan berasa begitu INDAH dengan kehidupan ini. Pelbagai halangan, dugaan dan ujian untuk aku SAMA-SAMA lalui bersama dengan suamiku TERCINTA Tengku Kamalrulzaman Tengku Ahmad.
Tawa, tangis, suka , duka kami lalui sama-sama. Syukur kerana hari ini, JODOH antara kami masih lagi kuat. KASIH antara kami masih lagi UTUH, CINTA antara kami masih lagi SEGAR..syukur padaMU yaRABBI.
Dia, insan TERSAYANG. dialah teman tatkala duka, dialah musuh tatkala berperang, dialah SUAMI tatkala ku dambakan BELAIAN MANJA.HE IS MY EVERTHING.
Tiada lagi DOA ayah untuk aku untuk terus BAHAGIA bersama suamiku. Tiada lagi SANDARAN kekuatan untukku mengadu tatkala REBAH.
Tapi ayah, inshaAllah PESANAN DAN KASIH yang ada diHATI akan tetap ku PEGANG hingga akhirnya.TERIMAKASIH AYAH KERANA REDAMU, KU BAHAGIA..
KENANG KEMBALI..
ringkasan kisah perkenalan kami..
Kenal ketika sama-sama mengikuti skim latihan graduan mengganggur. Masa itu, kami sama-sama mengikuti kursus bahasa inggeris. Dari duk lepak membuang masa, baik tambahkan ilmu yang kurang dan perketatkan mana yang longgar..
Ku tak cinta lagi ketika itu, ku tak nak BERCINTA lagi ketika itu..Tak malu ku katakan, yang dia je YANG BERKENAN KT AKU MASA tu.hehehe..Kami hanyalah sahabat.yup!sahabat baik.
tahun demi tahun berlalu, macam-macam yang kami lalui bersama..Akhirnya dia menjadi pilihan hati ini untuk hidup bersama. tahun 2009 adalah segalanya bermula..
2010
Kami diuji, aku nekad untuk jadi surirumah demi menjaga keperluan suami dan menjadi yang terbaik untuknya. aidilfitri tahun ini, kami kemalangan teruk..syukur kami masih lagi bernyawa, namun abg patah lenggan kirinya.
Namun setiap musibah diterima dengan ikhlas pasti Allah gantikan dengan GANJARAN yang lebih baik..ALHAMDULILLAH..aku disahkan mengandung..SUBHANALLAH...mum to be.
2011
Kali ini kami memikul tanggungjawab sebagai MAMA dan PAPA kepada PUTERA kesayangan kami iaitu TENGKU MUHAMMMAD AFIQ MALIK. Anak yang menjadi pelengkap kebahagian kami. DIALAH JIWA RAGA KAMI.
Tahun ini kami menyambut ulangtahun bertiga..SYUKUR.
2012
Tahun ketiga ulangtahun perkahwinan kami, tiada apa yang special disini.HANYA DOA dan HARAPAN agar kehidupan yang kami lalui bersama-sama makin BERTAMBAH BAIK.
2013
Tahun ini sedikit hambar, kerana aku keguguran, sisuami kehilangan pekerjaan, ujian umah tangga yang ada pasang surutnya. Namun aku hanyalah HAMBA yang sentiasa berdoa MEMINTA pada yang ESA. Setiap hari, kami lalui bersama-sama. susah senang, TEMPOHi dugaan dan ujian bersama-sama kerana kami yakin, Allah ada BERSAMA HAMBA2Nya yang SABAR.
2014
Tahun yang BANYAK mendatangkan KEBAHAGIAAN PADA KAMI. CINTA kami makin KUat dengan kehadiran insan BARU, PUTERI AUNI MASTURINA..
Allah MENGANTIKAN kami sesuatu yang LEBIH BAIK disebalik segala musibah yang menimpa.
sebagai hambaNya laluilah DENGAN SABAR DAN REDHA..
FITNAH manusia, kami biarkan..apa yang PASTI, HANYA REDHA ALLAH KAMI cari.
bukan senang untuk aku menjadi kuat..bukan FIZIKAL, namun kekuatan ROHANIYAH yang paling penting..DAN SYUKUR BERTEMU DENGAN AHLI SHAKLEE..setiap masa mengajak ke arah kebaikan.
dengan menjadi sebahagian dari KELUARGA SHAKLEE..syukur ULANGTAHUN PERKAHWINAN KU PADA TAHUN INI ADALAH SEGALANYA..
terasa seolah-olah baru je BERKAHWIN..hihihi..
DOAKAN KEBAHAGIAAN KAMI TILL JANNAH....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.