Mengenangkan kembali hari di saat pemergian ayah tercinta. Kadang-kadang sukar untuk menerima ketiadaannya.Maaf, Ana bukan tidak redha cuma TAK TERDUGA dan TERAMAT RINDU kan dia.
Ana mungkin tidak sehebat rakan-rakan lain. Kuat dan Tabah menerima PEMERGIAN orang TERSAYANG.Ana mungkin tidak setabah kawan-kawan yang melalui perkara yang sama dengan Ana. Namun Ana bukan MALAIKAT bukan juga orang yang kuat .
Ana hanya insan biasa yang sentiasa rindukan SEORANG AYAH yang sebelum ini dialah segalanya bagi Ana.
'ala, redha lah Ana....', 'apalah Ana ni, orang lain pun ada je hadapi sama dengan ko, tapi still ok je'
INGATLAH teman- teman, setiap apa yang berlaku di dunia ini, pasti akan dibalas setimpal.:)
JUJUR Ana nak jelaskn disini, FAHAMILAH erti kata REDHA itu sendiri dahulu..Ianya bukan semudah yang dikata..Ada yang tak menangis, senyum konon-kononnya redha lah tu kan...padahal selalu menyalahkan itu menyalah ini dengan kematian yang berlaku...ITU TAK REDHA namanya..
MENANGIS, BERDUKA tidak semestinya tidak redha..Ana tidak meratapi pemergian arwah..Ana cuma TERAMAT RINDU..(Dah rindu sedekahkan lah alfatihah)yup..terimkash yang tu pun ANa tahu..contoh, jika kita terasa dahaga?apa kita buat?mula-mula cari air kan..pahtu teguk air tu..adakah sekali teguk dah ilang dahaga tu??begitulah perumpaannya..
RINDU ikatan hati .Ia tidak mudah untuk hilang begitu aje, ia perlukan masa dan kelapangan yang sangat. SEDANGKAN SAHABAT RASULULLAH SENDIRI BERSEDIH LAMANYA dengan PEMERGIAN BAGINDA..ADAKAH ITU tanda tidak reda?tidak bukan, PARA SAHABAT rindukan RASULULLAH, kerana KASIH MEREKA ERAT.
BEGITU JUGALAH ANA..Amat rindukan arwah..mereka yang belum mengenali Ana mungkin senanglah cakap kot..tapi boleh ke anda bayangkan kalu anda ditempat Ana ketika itu hatta sekarang pun?
SEGALANYA UNTUK AYAH.....
Usia Ana sekarng ni 30 tahun...dan sepanjang usia itu jugaklah ana tak pernah merasai JIWA tanpa AYAH..dari kecik sampai ke besar, apa yang ana Buat semuanya UNTUK AYAH..Bukan kerana Ayah,tetapi UNTUK AYAH KERANA ALLAH..
YUP!! BERAZAM belajar bersungguh demi untuk membahagiakan ayah..bukan kepuasan Ana sendiri. sekolah rendah, berusaha untuk dapatkan 4A untuk Ayah, dapat markah corot pun dah bimbang takut2 tak dapat bahagiakan ayah.
Masuk sekolah menengah pun, belajar rajin-rajin, duduk asrama pun semuanya untuk ayah. Ujian datang mcam-macam tapi mind set ni duk set...buatlah untuk mengembirakan ayah..BLAJAR BERJAYA NAK MASUK U,,kerana ayah nak lihat Ana berjaya masuk U.
Pilih kursus apa pun untuk ayah..alhamdulillah berjaya masuk U. Then, strunggle belajar sampai berjaya, walaupun buta it ketika itu...mouse komputer pun ana tak kenal, result teruk,usaha lagi.."ana,JGN MALUKAN AYAH"aku usahakan juga untuk ayah, UNTUK TIDAK malukan ayah ana berusaha Sehingga berjaya..belajar betul-betul tak ada berkasih pun..kenapa?KERANA TAKUTKAN MEMALUKAN AYAH..so decide lepas study, grade dulu barulah nak bercinta-cinta pun.
SEMUA ANA BUAT UNTUK MENGUMBIRAKAN AYAH..sbb itulah Ana berjaya.Alhamdulillah,Lepas itu, habis belajar terus bercinta, tapi pada awalnya ayah membantah..gatal katanya..hihi..bila mak dah jelaskan, umur Ana dan ana pun dah grade so, tak ada hal doh ana nok kasih pun..syukur ayah kasi green light.hihhi..Namun ayah membantah dengan jejaka pilihan ketika itu..Lalu ana putuskan juga semua UNTUK AYAH..
BERSABAR, dalam doa..:YAALLAH KETEMUKAN AKU PADA JODOH YANG MAMPU AYAH MEMBUATKAN AYH BERKENAN..see, Ana tak pernah berkeras dengan PENDIRIAN ANA..satu je matlamat Ana, hanya untuk tidak memalukan ayah..AKHIRNYA Ana bertemu jodoh dengan insan yang mendapat restu ayah..TATKALA usia 25 tahun. ayah persoalkan,bila lagi nak kawen,.so tak tangguh-tangguh dah, itupun DEMI UNTUK BHGIAKAN AYAH.
Dah berkahwin pun, ana tetap utamakan ayah, ana tahu berdosa, tapi SUAMI ana amat2 memahami. kerana dia tahu bagaimana kasihnya Ana pada Ayah..SAKIT KE AYAH..ada orang wak tak baik ke kat ayah, analah orang yang lantang bersuara.hihihi..BUKAN NAK KATA ANA ni ANAK YG BAIK..tidak, cuma itulah kebenaran perjalanan hidup ana, ana pun sama dengan kawan-kawan semua, kdg2 menberontak, melawan..namun at the end pasti back to HORMAT AYAH.
To make it short, SEGALANYA ANA LAKUKAN UNTUK AYAH..Ana lalui dengan derita pun, janji hasilnya ia mampu membuatkan ayah gembira..
KENAPA AYAH JE.........MAK?
Kerana ayah lah segalanya..yup!ana ada mak,tapi ayahlah MAK dan AYAH kepada Ana.Ayah menjaga Ana denga penuh kasih sayang. MAK dan ayah bercerai, jadi kasih ayah pada ana jauh lebih hebat berbanding kasih mak.
KEtika ana kecil lagi,Ana dijaga oleh ayah. ana tidak pernah berpisah dengan ayah..sakit demam ana, ayah lah menjaga makan minum dan perihal Ana. Dan MASIH JELAS TERBAYANG YANG AYAH MENYUAPKAN MEE REBUS pada ana ketika demam.
Ayahlah menjadi PELINDUNG ana tatkala ana di usik ketika kecil
Ayahlah teman ana ketika tidur.Ayahlah yang menyuapkan nasi kemulut ini ketika usia sekolah rendah.
Ayah lah menyediakan segala kelengkapan sekolah dan pastikan ia lengkap walaupun ayah bukannya orang senang,
Ayahlah LAKI-laki GAGAH yang menyikat RAMBUTKU
Ayahlah LAKI-LAKI KENTAL yang menyapu bedak pada wajahku.
Dalam dompet ayah, tersimpan gambar-gambar kami adik beradik.
TERLALU banyak kehebatan ayah pada Ana. namun yang TAK MAMPU ayah-ayah lain lakukan ialah....AYAH MENJAGA KAMI ADIK BERADIK berlima .hanya Allah..sedangkan usia ayah ketika itu boleh sangat ayah nak berjoli..tapi AYAH IS THE BEST
SAtu lagi, ayah berusaha memberi yang terbaik ketika perkahwinanku...........subhanaAllah, tidak akan kulupakan sepanjang hidupku..
AYAH............
DIA segalanya, sekadar perkongsian cerita, SEMOGA yang baik sama-sama kita jadikan iktibar.
HARGAILAH MEREKA YANG ANDA SAYANG
Semoga rakan-rakan mengerti kenapa Ana terlalu merindui arwah ayah. Dengan pemergian yang mengejut sangat, disaat dia sentiasa inginkan ana pulang berada bersamanya ketika itu.
dan juga saat dimana ana amat perlukan dia ketika itu..
Namun ana puas, puas kerana mampu menjadi yang BAIK untuk ayah.
NAMUN TAKDIR ALLAH MENGATASI SEGALANYA...
semoga AYAH DAMAI DISANA..amin
_______________________________ALFATIHAH______________________________________
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.