Thursday, October 16, 2014

PENYERI HIDUP KAMI

TERIMA KASIH YA ALLAH....

Ungkapan yang ringkas namun ia penuh dengan penghayatan..
Syukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaan Allah untuk ana. Usia ana pada tahun ini ialah 30 tahun. Pernah masa kecil dulu ana berniat tak nak kawen..HAHAHA kelakor kan,


Pemikiran sempit..bila dah kawen nah ko TERBERANAK pula.SUBHANALLAH.. Perancangan Allah indah-indah belaka, DI usia ana 25 tahun ana BERKAHWIN dengan pilihan hati, TENGKU KAMALRULZAMAN TENGKU AHMAD. Dialah pilihan yang bertakhta di hati ini. Dialah segalanya kot,.hehehe

DIALAH MUSUHKU,DIALAH SAHABATKU,DIALAH TEMANKU..
Tarikh 22 september 2009 bersamaan dengan 3 syawal, Kami sah bergelar suami isteri.
Syukur kehidupan kami tidak lah semewah yang lain, Namun Alhamdulillah kami senang dengan segalanya yang dikurniakan Allah.

Setiap pasangan yang berkahwin semuanya ingin kan anak. Begitu juga kami, namun kami hanya merancang dan berdoa, Allah jua penentu segalanya. Pelbagai usaha yang telah kami cuba, namun tidak juga mendatangkan hasil. Tahun 2010, kami di timpa musibah hebat. Kami kemalangan di bulan syawal. Abg patah lenggan kirinya..Dugaan datang dan pergi kami redha dan berharapkan ada 'PELANGI' indah menanti..

SUBHANALLAH perancangan Allah itu cantik-cantik belaka. ana disahkah mengandung pada tahun itu.Syukur yang tidak terhingga. Dan kami berharapkan baby BOY sebagai 'ABANG LONG' untuk keluarga kecil kami.

SYUKUR ALHAMDULILLAH, 22 JUN 2011, ana selamat melahirkan putera hati kami, iaitu TENGKU MUHAMMAD AFIQ MALIK jam 9.15 malam pada hari RABU dengan beratnya 3.27kg
Ujian datang lagi, kami diuji dengan kesihatan baby yang tidak stabil ketika itu. Ana lemah, namun kekuatan ana bersandar pada suami. DIALAH papa hebat yang sentiasa berdoa pada Allah mohon segala kebaikan untuk AFIQ.

ALLAH MAHA MENDENGAR dan HANYA DOA MAMPU MENGUBAH segalanya..ALHAMDULILLAH afiq kembali sihat sama seperti anak-anak lain.Syukur kami tidak melatah dengan ujian kecil Allah berikan untuk kami.

Afiq adalah segalanya untuk kami. Dialah pelengkap hidup kami. Dulu kami berdua, namun sekarng kami bertiga. Riuh rendah rumah kami dengan kehadirannya. Dia bijak, KACAK gitu..Ramai yang cakap wajahnya 'COPY AND PASTE' ana..:) syukur dengan HADIAH ALLAH untuk kami.
BIJAK, SIHAT, KACAk inshaaAllah ana harapkan dialah PENDAKWAH yang mampu untuk mengajak ramai insan-insan lain untuk mendekati ISLAM.

TAHUN 2013, afiq berusia 2 tahun , Rasanya Afiq dah cukup besar untuk bermanja, Dan rasanya Afiq dah cukup PANDAI untuk menjadi abang. Syukur, ana di sahkan mengandung kali ke dua pada bulan Mac. Namun rezeki tidak memihak pada Ana, Ana keguguran, Kehilangan baby ketika itu menyedarkan Ana betapa HEBATNYA aturan Dia, kerana DIA BERHAK atas segalanya.
REDHA, 

Berkat doa, ALHAMDULILLAH ana disahkan mengandung lagi pada mei 2013. BERHARAP kan kandungan inilah yang terbaik untuk kami. SYUKUR sepanjang kandungan ke tiga ini, ana tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan, ALAHAN muntah2 dan loya itu biasalah. KANDUNGAN kali ini, abg berharapkan baby girl. Actually ana tak kisah pun, sebab ana suka baby boy. Tapi siapa yang tak nak kalu dapat sepasangkan. At least dapat rasa semuana, macam mana pengalaman melayan karenah ank teruna dan anak ponpuan ni..

SUBHANALLAH..indah sungguh perancangan Allah untuk ana. Tatkala ana kehilangan baby pada bulan MAC 2013, Allah gantikan PUTERI HEBAT kami pada MAC 2014..YaAllah siapa kita untuk menidakkan janji-janji Allah. Laluilah dengan redha dan BERSERAH padaNYa.
ALHAMDULILLAH, jam 12.15 tengahari pada hari selasa ana selamat melahirkan puteri cantik kami iaitu PUTERI AUNI MASTURINA seberat 3.75kg. Wah berat bukan..huh, bertarung nyawa mama untuk mu sayangku..

SYUKUR semuanya selamat.

YAALLAH terimakasih untuk ANUGERAH TERINDAH ini buat kami, InshaaAllah ana dan suami berjanji akan menjaga AMANAH MU ini dengan sebaiknya. Mereka terlalu hebat dan CANTIK untuk kami. TERASA begitu kerdil diri ni,

Merekalah penyeri kehidupan kami, hari-hari kami sibuk dengan urusan mereka, Hari-hari kami riuh dengan keaktifan mereka. Hari -hari kami ceria sangat dengan gelak tawa dan telatah telatah baru mereka. Hari-hari kami hebat dengan tangisan mereka.BENAR-BENAR indah menjadi mama dan papa buatmu wahai anak-anak syurga..


YAALLAH, PELIHARAKANLAH MEREKA, LINDUNGILAH MEREKA. SIHATKANLAH MEREKA. KURNIAKANLAH KEBIJAKSANAAN PADA MEREKA, KEFAHAMAN UNTUK MEREKA, JADIKANLAH MEREKA ANAK-ANAK YANG BERGUNA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT. TERANGILAH KEHIDUPAN MEREKa. JADIKANLAH MEREKA ANK-ANAK YANG SOLEH DAN SHOLEHAH..amin yarabbi al amin.


Afiq, KEKUATAN kami dan Auni KETENANGAN kami....merekalah nyawa kami..syukur yaAllah




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.