INSPIRASI

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM.....

Pertamanya mohon rakan-rakan yang membaca artikal ini untuk sedekahkan alfatihah untuk arwah ayah ana, EN MOHD BIN JUSOH
AL-FATIHAH....23 disember 2013


Ayah inspirasi ANa untuk bergiat dalam business Shaklee, and hE IS THE BEST!!
Walaupun ayah tidak bergiat dalam Shaklee, akan tetapi ayah la kekuatan Ana untuk berbusiness.

Ayah MENUBUHKAN SYARIKAT MAJU SAKTI ENTERPRISE iaitu syarikat perusahaan pasir yang sekarang ini di uruskan oleh adikAna sndiri. Ayah tiada kelulusan pendidikan  tinggi just tamat sekolah sampai darjah 2 je pun. Ayah tak pandai sangat menulis apatah lagi nak ber orang putih bagai kan.

Tapi ayah ada OTAK yang cukup brilliant sampaikan ana sendiri yang berkelulusan pun tak mampu nak berfikir sehebat ayah dalam business.

Kami dari keluarga yang susah, bertahun jugak ayah cari modal untuk mulakan business pasir itu. Macam-macam usaha dan perit yang ayah lalui, sampaikan ana sendiri pun tidak mampu untuk melihat susah payah ayah ketika itu untuk memulakan perniagaannya. Mohon pinjaman bank ketika itu amatlah susah,macam2 alasan dan syarat yang dikenakan..Business PASir memerlukan MODAL yang banyak.At least RM200k.Pada awalnya ada yang ingin membantu tetapi ayah tak mahu kerana mereka inginkan share juga pada keuntungannya nanti.

Ayah bukan SOMBONG atau TAMAK, tapi ayah hanya PIKIRKAN tentang kami anak-anak,jika suatu hari nanti, macamana hasil ini akan diwarisi OLEH anak-anak kalau ketika itu ia di kongsikan dengan orang lain.AYAH HEBAT..pikiranya KE DEPAN..BERBEKALKAN hanya RM30k sahaja ketika itu,ayah mulakan business pasir(JUMLAH YG TAK LOGIK AKAL NK MULAKAN PERNIAGAAN PASIR).
pesan kawan ayah,"kalau mu betul2 nok nege,modal yang kecik mu boleh dapat hasil yang bnyok"(loghat ganu).

Hanya bangsal buluh je yang mampu ayah dirikan ketika itu, semangat ayah kuat.
Macam-macam dugaan dan halangan ayah tempuhi. Dengan masalah kewangan, pekerja, pelanggan, orang kampung dan juga persaingan yang ada namun ayah sedikit pun tidak berputus asa, ia!ayah tetap MAJU ke depan, SYUKUR YA ALLAH..benar JANJIMU..
MAN JADDA WA JADDA..

Akhirnya ayah amat dikenali, seorang yang BIASA-BIASA je boleh menjadi LUARBIASA hebat, SUBHANALLAH..
Pada usia lewat ayah, akhirnya ayah dapat merasai hidup SENANG, ayah dapat merasai semua impiannya.

Ada yang tak pernah terfikir dek akal ayah pun,yelah menulis tak pandai mana, mcmana la nak melancong ke obersea plak kan..yaAllah, semuanya PERANCANGAN HEBAT ALLAH untuk arwah ayah..

Ayah dapat mendirikan rumah sendiri dengan tanpa pinjaman pun, kediaman yang menjadi KEBANGGAAN AYAH dan juga kami anak-anak.

ayah dapat melancong ke TURKI, EROPAH, UMRAH dan SEPANYOL.
Bukan kemewahan yang ingin ana coretkan disini, tetapi DISEBALIK kemanisan itu berbagai-bagai rintangan yang ayah lalui.


Wlaupun skrg ayah dah tiada, namun SEMANGAT ayah ada bersama ana,in sha ALLah.
Ayah..ayah selalu suruh ana berniaga, tapi ana tiada kekuatan ketika itu, ruginya kan..sEkrang ayah dah tiada.
InshAALLah semoga ianya belum terlambat untuk ana bangkit dalam business shaklee ini.

InShaAllah ayah, anakmu ini akan BANGGAKAN ayah satu hari nanti..
TERIMAKASIH juga ana dedicate kan buat MAster WAN MULIANI kerana dengan perkongsian dan tunjuk ajar nya, ana bangkit demi merealisasikan semangat ayah..

in SHA ALLAH..MASTER toBE..:)




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.